Blog

Blogs »
Projek Eratosthenes di SMK St. Thomas

 Kami telah mengambil bahagian dalam projek ini sejak tahun 2010. Pelajar-pelajar sekolah ini amat gembira kerana dapat mengaplikasikan konsep-konsep Matematik dalam pengukuran lilitan Bumi. Selain itu, kita dapat mengenali kawan, cikgu dan pelajar-pelajar di seantero dunia. Pada tahun ini, kita sempat melakukan eksperimen ini dengan pelajar-pelajar Kolej Hazel Glen, Australia. Projek ini sangat efektif kerana murid bukan sahaja belajar Matematik, mereka juga belajar Geografi, Astronomi dan Sains serta-merta. Pelajar-pelajar kita amat berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap projek ini setiap masa sehingga kita mendapat keputusan yang tepat. Pada bulan Jun yang akan datang, kami akan menjalankan eksperimen di tempat lain, iaitu di United Kingdom. Satu kumpulan pelajar akan menjalankan eksperimen pada masa yang sama.

Next

  • Comments